BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, August 25, 2009

si bulat bulat...

saje nk promote si bujang yg bulat ni..skang ni semenjak pandai berckp asyik nk sebut 'LOWWIE'. lowwie tu lori ye kengkawan. pehtu asyik angkat kaki bile kite sebut kaki. hero yg sorang ni alim sket sbb bile dgr azan @ tgk kite pakai telekung die akan angkat tangan mcm nk azan tu. pehtu sebut 'mie wakeba (allahuakbar)' ehehehehe





ni ngan ummi nye mase tunggu nenek kat klinik



ni abgnye tgh makan hasil kene paksa oleh ummi yg garang (muke ala2 redha lah tu)



ni tgh main ngan abgnye kat taman depan klinik

Thursday, August 20, 2009

Last PortLuck Be4 Ramadhan (G.B.S)

SaLam To aLL...

aKu Igt LaSt JuMAat iaLAH PorTLuck KiToraNG. UpenYE AriNi baRu LaH LaSt pOrTLuck nye. ni AnTaRa Pic BuaT TataPAn KoRaNg..


AnTArA AhlI yAnG HadiR


"SedaPNye BuTTer PrawN Aku Ni...biSInG Tol doRanG niLah..AKu Nk maKAN Pun Tak AmaN" JgN MaraAA aaaa Kak Sufy : kakak yg paling coOL


Aziz & ZaZa


saDaP Tol MakAn Arini SamPaI tAK PerASAn PeMandaNGAn KaT BelaKAng Ni...


MemASinG SibUk PiLiH Lauk yG BerKenaN diHati


PaS PiLih Lauk..KuSyUk nGaN PingGaN MemaSinG ehehehehe


PiNGgan Yg LiCin - PinGGan Kak YaNA ehehehehe


"LaUK Ape PlaK pAsNi akU Nak Amek..." Shahman


"brrani ToL doRanG aMek Aku nyEr KicaPP...NaK KonO DorANg ni" Zarril


NiLAh BotOL KicaP yG ZarRiL AiM KaN Tu....ehehehe


MuKa MeMasinG TerSengEh Sbb PerUT Dah KenyANG...

dah dah p Buat KejE SeMua....

SALAM RAMADHAN BUAT KENGKAWAN SEMUA. MAAP ZAHIR BATIN AHAKS.

Wednesday, August 5, 2009

macam-macam musibah.....

Skang ni zaman semakin maju dengan teknologi canggihnye. Dengan kecanggihan IT nye, design nye & macam2 lah. Maka dengan itu, semakin banyak lah penyakit2 yg dtg mcm skang ni yg tgh glamor Selesema Babi (H1N1). Nauzubillah mintak dijauhkan drp keluarga aku.

Dah lah tgh preggy ni, takut aku nak keluar berpoya2 bawak anak2 keluar. Kalau dulu rajin gak bawak dorang ke Taman Tasik Shah Alam tu every weekend. Skang ni nak bwk ke kedai pun ngeri je rase.

Terkini 11 kematian dilaporkan di Malaysia. Ya Allah lagi lah aku takut sbb mak skang ni tgh batuk2 + demam. Petang kang igt nk bawak mak ke Klinik Menara, Bukit Jelutong. Situ dr. nye baik (Dr. Roosul). berbaloi lah kalau bayar mahal2 pun. bagus dr segi ubat & consultancynye. Dr. ni mcm mamak2 gitulah. PR baeeeek punye, kalau dtg sekali rase nak dtg banyk kali ehehehehe (time sakit jelah).

Weekend ni plak My Darling nak ke Puteri Resort, Melaka kursus. Kursus induksi tau bkn kursus laeen, no no no no kalau kursus lain. Hopefully all the participants pegi sihat balik pun sihat tanpa ada masalah kesihatan. Risau sesangat!!

2 minggu aku & my heros kene tinggal. Gamaknye kene berkg kat umah maklah start next week. Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa jgn tinggal dakuuuu.

Ya Allah Ya Tuhan ku, moga Kau lindungi keluarga serta rakan2 ku daripada terkene segala musibah & penyakit yg boleh memudaratkan kesihatan kami. Amin.

Influenza A(H1N1) : Panduan Penjagaan Kesihatan Dirumah

Marilah sama-sama kite menjaga kesihatan agar dijauhkan drp terkene musibah yang tengah merebak di dunia skang ni (sumber : www.moh.gov.my).


Jangkitan virus influenza A(H1N1) telah menular di kalangan masyarakat kita dan sesiapa sahaja berisiko dijangkiti virus ini. Oleh hal yang demikian, setiap anggota masyarakat perlu mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelak virus ini dari terus merebak dan mengancam kesihatan kita semua.

Sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema (influenza-like-illness), anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan tidak pergi ke tempat kerja, sekolah atau mana-mana tempat awam.

Semasa berada di rumah, anda dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut :

A. Penjagaan Kesihatan Diri Di Rumah

Jika demam makan ubat paracetamol mengikut dos yang disyorkan.
Demam yang telah reda tidak bermaksud anda telah sembuh tetapi boleh membuatkan anda berasa lebih selesa. Patuhi arahan pada label ubat. Dapatkan nasihat pengamal perubatan tentang ubat yang disarankan, sukatan yang sesuai, kesan sampingan ubat dan bila pengambilan perlu dihentikan.
Berehat secukupnya.
Banyakkan pengambilan cecair (termasuk air mineral, bubur, isotonik, jus buah-buahan dan sup) bagi mengelakkan dehidrasi.
Sekiranya mengalami tanda-tanda kecemasan seperti di Perkara (C) segera dapatkan rawatan doktor.
Pastikan pengudaraan yang baik di rumah (contohnya membuka tingkap di bilik, dapur, tandas dan bilik mandi).


B. Nasihat Untuk Pesakit Dan Ahli Keluarga Bagi Mengawal Jangkitan Di Rumah

Amalkan adab batuk yang baik
Pesakit mesti mengamalkan adab batuk yang betul. Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Cuci tangan dengan sabun dan air atau bahan pencuci tangan berasaskan alkohol. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
Tingkatkan penjagaan kebersihan diri
Pesakit dan semua ahli keluarga mesti mengambil langkah-langkah berikut :
Kerap mencuci tangan dengan sabun dan air atau bahan cuci tangan berasaskan alkohol.
Keringkan tangan dengan tisu atau tuala yang berasingan untuk setiap ahli keluarga.
Cuci pinggan-mangkuk dan peralatan lain serta permukaan-permukaan yang kerap disentuh, dengan menggunakan bahan pencuci yang biasa digunakan di rumah.
Jangan kongsi peralatan peribadi
Peralatan seperti pinggan-mangkuk dan kain seperti tuala, cadar dan selimut tidak boleh dikongsi oleh ahli keluarga pesakit. Semua barangan ini perlu dicuci dengan sabun dan air.

Menjarakkan diri (Penjarakan Sosial - Social Distancing)
Pesakit dinasihatkan supaya tidak meninggalkan rumah sehingga mereka sembuh, lazimnya selama 7 hari.
Pesakit seboleh-bolehnya diminta tinggal di bilik berasingan.
Ahli keluarga, khususnya yang cenderung mendapat komplikasi (khususnya ibu hamil) seboleh-bolehnya hendaklah menjarakkan diri daripada pesakit sekurang-kurangnya (1) meter untuk menggelakkan jangkitan.
Sekiranya pesakit terpaksa keluar rumah contohnya, untuk mendapatkan rawatan beliau hendaklah memakai penutup mulut dan hidung (mask), mengamalkan adab batuk yang baik dan kerap mencuci tangan.


C. Panduan Menilai Tahap Kesihatan Diri Di Rumah

Secara amanya demam selesema boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu, anda perlu mendapatkan rawatan SEGERA di hospital jika anda mengalami mana-mana tanda dan gejala berikut :

Masalah pernafasan : sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi biru/ungu
Batuk berdarah atau kahak berdarah
Sakit dada berterusan
Cirit-birit atau muntah yang kerap
Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas tiga hari pulih
Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau sawan
Rasa pening apabila berdiri
Kurang kencing

Monday, August 3, 2009

ape cite ni....

igt senang ke jadi seorang ibu @ ummi @ mak @ mummy @ mama atau ape2 yg korang panggil. baru satu job soh buat dah jadi mcm ni..eemmmm

Wednesday, July 29, 2009

climaxs

ahahahahahaha....entah pape tajuknye.
dah tak tau nk boh tajuk ape. disebabkan tgn aku gatal sgt nak menaip ehehehe so aku log in lah blog entahape2entah ahahahahaha. pening pening.

itulah, tetibe terase nk mkn mee udang. nk dpt kat ipoh peghok (eheheh betul ke aku eja tu..jgn marah org perak noo) tu jauh bebenor. bilelah aku nk korbankan udang dlm piyok ni??

pic ni mee udang mase aku masak last bln bape entah ahahahaha. time rajin sebelum aku mabuk kepayang ahahahaha.

Friday, July 24, 2009

pot pot pot luck

penghujung minggu bekerja kami buat program tersendiri..program dipanggil
"Program Pot Pooooot...Pot Luck" ehehehehe...program ni tiap jumaat je ek.
ni lah antara menu yg disediakan. chief2 nye terdiri drp chief professional
:Chief Azi, Chief Sufy, Chief Yana & chief paling senior Chief Yasmin muahahahaha..

ni antara menu chief2 td...........sila jamu mate


(gulai ayam : chief azi & nasi goreng : chief yasmin)


(dlm byk2 tu tampuyak den yang paling sadap...muahahahhaa jgn maraaa aa chief azi)


(buah2an tempatan disediakan oleh chief yasmin...diimport khas dr baling kedah)

tunggu menu next plak ek kengkawan....

Wednesday, July 22, 2009

nangis...

tiap-tiap malam mseti nak nangis. waktunye adalah mase tido. tiap-tiap malam mesti nk susu cap gantung. kalau tak dpt mesti nangis bagai nk runtuh rumah aku yg 5 tingkat tu.

majuk..

'pi sane, ummi tak nak kawan.....uuuuuwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa' fuuuuuuhh nangis majuk kalah org pompuan. itulah si bujang ku yg no.2 : Muhammah Nazhan.

kalau siang ok lah bagi susu FM, kalau mlm die mmg reject susu FM. kegemarannya susu asli dari ummi die ehehehehe. mungkin lebih sedap dr susu-susu yang lain ahahahaha.

orgnye...

nilah org nye ehehehehe



tiap2 malam aku tak cukup tido. dtg opis ari2 ngantuk. upe pun dah boleh dikategorikan macam ni...buruk tol kan ahahahaha

Friday, July 17, 2009

Ape cite....

salam kengkawan. dah lame sungguh lah aku tak mengupdate blog ni. takde mood aku nak update memandangkan kesihatan yang tak mengizinkan. tp dlm hati sebenarnya byk bende nk cite kat korang.

pagi td call zaza & die tanye aku apsal aku tak update2 blog. aku kate malas je, takde mood. itulah aku, org ade blog aku pun nk ade tp tak terupdate. bosang dok opis.

selame aku menghilangkan diri (yg korang slalu windu wakakakaka) byklah perkara yg diluar jangka berlaku. asyik mc, demam, lemah2 badan, malas nk keje dan yang paling penting malas nak masak.

kalau slalu aku lah org yang paling wat keje (prasan jap ehehehe) dlm opis ni selain drp org2 penting yg sedia ade kat opis ni kan. tp semejak due menjak ni sememenye aku malas yg teramat sangat.

pusing...

pale aku slalu pusing2 mcm gasing. mcm mane gasing tu berpusing mcm tu jgk lah dlm kepala aku ni. tp skang ni dah ok sket cume aku cepat berdebar2 plak. eemmm tirod dtg balik. tension!! tak selesa dibuatnya.

M.C.

yuhuuuu bkn M.C Hammer yerk. M.C ni stand for Medical Certificate yg di melayukan surat coti. dlm seminggu adelah 2-3 je aku keje. ade skali tu seminggu deret aku coti & m.c. bknnye aku mintak tp doctor tu yg volenteer nk bagi..org dah nk bagi tak nak nk tolak plak kan eheehhehhehe. terima jelah.

berite gembire..

bagi hubby aku mmg berite gembire buat die. tp bagi aku entahlah. tak boleh nk descripe dlm ayat. resah hati ni tak tau nak kate dlm perkataan. mampukan aku??? bersediakah aku??? AKU NGANDUNG yg KE-3. itu yg aku tak terkate tu. entah mcm mane leh excident aku pun tak tau. tak perasan. tp Ya Maha Esa nk bagi rezeki lebih so kene redha dan bersyukur dengan ape yg diberikan. AMIN. Mohon petunjuk dari-Mu & berikan aku kekuatan fizikal serta mental Ya Allah.

Wednesday, April 29, 2009

KAWAN

Bacalah....

1) kawan tu bkn mcm main FUTSAL.
Mula-mula kejar.. dah dapat sepak..

2) kawan tu bkn mcm main SKATE.
Mula-mula gosok..lepas tu pijak...

3) kawan tu bkn mcm main RAGBI.
Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..

4) kawan tu bknnya mcm PAMPERS..
dah pakai, buang..

5) kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS.
Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.

6) kawan tu bkn mcm PELANGI.. Hari cerah
takde..hujan gerimis baru muncul..

7) kawan tu bkn mcm KERETA.
Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..

8) kawan tu bkn mcm CHIPSMORE..
kejap ade kejap takde..

9) kawan tu bkn mcm BANK.
Bila dah takde duit,pegi kat sana ambik..

10)lagi.....kawan tu mcm ape ye????
Haa..kawan tu mcm AWAK LA. .
bila saya hantar msg,
awak akan baca msg saya dgn teliti sampai habis.

Walau ape pun tanggapan org tentang kawan..
bagi saya, kawan tu penting.

Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis,
sedih, berduka dan sebagai nya.

Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara.

Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya.. :)

Sunday, April 26, 2009

perasaan yang tak tentu hala

27 April 2009

geram, nyampah, meluat, marah , sedeyyy & !#$^&*^%$#@#!$%^UI*^%RT

walaupun arini aku pose tp dalam hati tak dpt nk menggambarkan perasaan aku ni. tgk muke si buntut lebo tu meluat. dahlah talam due muke + tikam org dari belakang, depan baik blakang api dlm sekam eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee GERAM betul..

tgk plak muke si pewaris jari hantu yg paling mude (baru dapat saka ni lepas kakak die berenti) lagi meluat. mcm bagus. baru 3 thn kot keje sini dah upenye mcm die lah paling penting. kalau die takde rnd ni lingkup agaknye. eeeeiii tak paham akulah.

sabar lah hati. ya Allah kuatkan iman ku. berikan aku daya ketahanan jiwa + pikiran yang positive. AMIN

CEMBURU

Cemburu itu hadir apabila seseorang takut kehilangan pasangannya, ketika dia merasakan sedang bersaing untuk mendapatkan perhatian dan kasih sayang kekasihnya dan bila dia kurang yakin akan hubungan emosi dengan pasangannya.

Tetapi tahukah anda cemburu itu boleh menjadi tenaga positif khasnya dalam hubungan intim?
Kalau cemburu yang berpatutan, ia boleh menjadi seronok kerana itu tandanya sayang. Rasa cinta ini akan diungkapkan dalam bentuk hubungan intim. Bagi pasangan suami isteri, rasa cemburu ini boleh meningkatkan kegairahan mereka, menjanjikan kepuasan sanggama yang lebih baik daripada sebelum ini sebagai tanda sayang kepada pasangan.

Namun, jika keterlaluan, cemburu itu boleh membakar hati. Oleh itu, janganlah dibiarkan ke tahap cemburu buta kerana ia adalah cemburu yang melampau dan tidak lagi rasional. Cemburu buta boleh mematikan hubungan mesra dan intim kerana pasangan mungkin langsung enggan menyentuh si dia yang terlalu cemburu.




Tanda-tanda Cemburu

1. Dia menelefon beberapa kali sehari dan marah apabila kamu tiada.


2. Dia menelefon kamu semasa kamu sedang sibuk dan tetap mendesak mahu bercakap dengan kamu.

3. Dia menuduh sesuka hati bahawa kamu telah keluar dengan lelaki/wanita lain. ( tak baik weih tuduh2 )


4. Dia selalu mengintip dan cuba mencari peluang untuk mencari kesalahan kamu.

5. Dia mengugut membunuh diri jika kamu meninggalkannya.

6. Dia hanya mahu kamu sentiasa bersamanya dan marah walaupun kamu keluar dengan kawan-kawan lelaki/wanita yang lain.

7. Dia tidak suka pergi ke majlis sosial kerana bimbang lelaki/wanita lain tertarik kepada kamu.

8. Dia menyoal seperti seorang polis ke mana kita pergi dan dengan siapa.

9. Dia bermasam muka jika kamu kerja lebih masa.

10. Dia tidak peduli dengan penjelasan kamu.

Tip Mengawal Keadaan Pasangan Yang Cemburu

1. Jika pasangan kamu mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawa-bawa dengan sifatnya itu. Mungkin kamu tidak perlu menjawab setiap soalannya. Lebih baik berdiam diri saja daripada terus menyemarakkan kemarahannya.

2. Terima hakikat bahawa dia tidak berniat untuk melukai hati kamu. Mungkin ini sifat semulajadinya dan jangan ambil hati.

3. Cuba sedaya upaya kamu untuk membina keyakinan diri. Puji dia jika perlu. Minta nasihatnya dan salurkan rasa cinta kamu.

4. Jangan berfoya-foya dengan wanita/lelaki lain. Ini hanya membuatkan situasi lebih sukar. Apa yang dia perlukan adalah sokongan yang berterusan.

5. Berbincang dengan pasangan tentang perasaan cemburunya.

Atasi Sifat Cemburu

1. Hormati perasaan pasangan kamu. Dia juga mempunyai hak untuk menilai kecantikan wanita/lelaki lain.

2. Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. Jika kita memang seorang yang cemburu, usah berharap kamu boleh berubah dalam masa yang singkat.

3. Tuliskan apa perasaan kamu apabila kamu merasa cemburu. Marah? Tidak tentu arah? Menangis? Geram? Rasa malu? Adakah kamu ingin meneruskan hidup kamu dengan cara ini? Jika jawapannya tidak, maka berubahlah segera.

4. Cuba fikirkan bagaimana cemburu kamu meledak. Adakah adil kamu menyisihkan si dia daripada orang lain? Bukannya sesuatu yang teruk andainya dia senyum dengan orang lain.

5. Bina keyakinan diri. Kita mungkin rasa tidak selamat jika bergantung kepada si dia. Luaskan persahabatan dengan orang lain.

Kesan Positif Cemburu

1. Mengelakkan si dia curang kepada kamu.
2. Sentiasa menghormati kamu dan tidak pandang pada orang lain apabila bersama kamu.
3. Sentiasa menjaga hati kamu
4. Segala pergerakannya di bawah kawalan kamu

Kesan Negatif Cemburu

1. Si dia akan cepat bosan bersama kamu
2. Percintaan kamu hambar kerana kamu langsung tidak ada kawan lain
3. Selalu berlaku pertengkaran kerana sifat curiga yang terlampau
4. Pergerakan sentiasa diawasi seperti orang bersalah

Tuesday, April 14, 2009

idaman hati

Sabtu 11.4.2009

hari ni teman kan pakwe g maju junction. ari jumaat ari tu aku jenjalan ngan member2 opis tgk handbag kat alamanda. ade lah handbag yg aku berkenan tp memandangkan bonus next week dpt so aku tangguhkan. lagipun pening pale tgk handbag. dah aku pun jd mcm shopaholic. bkn air horlicks ye kengkawan ehehehe. air horlicks aku tak minum. ya allah asal aku tgk handbag je aku gile...asal tgk kasut je aku gile..asal tgk baju + suar ++++++ sume aku gile. tp bkn gile meghoyan ye. gile aku ok lagi lah.

jd aku pendekkan cite, lepas g maju junction aku kenen2 lah pakwe aku ke sogo sbb member aku kate sogo sale sampai Ahad 12.4.2009. jadi aku amek lah peluang ke sogos tu. tempat ramai org mendermakan duit kat org jopun yg kayo2 tu. hasilnye aku terbekenankan handbag ni. habis duit aku....dah lopeh boli tu aku rase cam nyesal plak. tp takpe asalkan pale aku tak pening + ingatan ku tak terngiang2 kat handbag ni.

ni hasil derma aku kat rumah kebajikan sogo, KL. kalau korang tak suke takpe...asalkan aku suke

sodappp

Ahad 12.4.2009

Lama dah aku teringin nk makan mee udang kat taiping nuu. tp tak jugak sampai2. cian kan. last skali aku buat sendiri. dok belek2 drawer terjumpe lah recepi mee udang.
haaa ini lah masenye aku buat sendiri. sip baik lah senang je recepinye. ni lah hasil nye



ni mase udang kene korban dlm periuk..ehehehehe. mau sekilo lebih udang aku korban.

Wednesday, March 4, 2009


elok sorang last skali ummi bagi adik plak. cissss tergugat kedudukan aku.

sayang Ummi...mMMmmuuuuuaahhh

sebut betul betul 'eeEEeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee' putihnya gigi

hai...ape lah cite ni. layan jelah. kang layan adik kang bercekau plak

gENg BaS SeKoLaH

sejak aku joint geng bas sekolah ni, aku rase muke aku dah tembam mcm donat je sbbnye asyik nk ketawa + gelak. asal jumpe ketawa, asal jumpe ketawa. ketawa ketawa ketawa ketawa tak ketawa pun gelak gelak gelak. itu jelah keje dorang ni. cume ade sorang jelah yg skang ni dah jarang joint 'matarun'. mungkin die dah penat joint kitorang gelak agaknye.

td p mkn kat PALAZZO MMU lagik. menu same ' cantonese yee mee' ngan air suam. itu jelah yg air mampu aku minum ahaks. lagipun tak baik minum air lepas makan. perut buncit.

tok geng bas sekolah aku, korang mkn lah bebanyak kat PALAZZO MMU tu. nnt kang tak pasal2 bdn korang jd pic bawah ni. jgn memain, si macha palazzo tu siap jampi2 dah makanan die. tu yg korang asyik nk kesane je.

ni aku sediakan pic tok korang renung-renungkan muahahahahaha :D

Wednesday, February 25, 2009

BEST KAN...

MENU SEMALAM : 25.2.2009

bIhUN CAntonESE

Monday, February 23, 2009

bOrinGGGsss

arini 24.2.2009 sume exec2 MBC p training. tinggal lah aku + non exec yg lenlain kat opis. borinGGsss tahap Gabann siot. dah lah sejuk sampai ke tulang. si zaril soh aku try menguji tahap kelajuan menaip. so ni lah hasilnya ahaks :

Kamu mencapai 188 markah, jadi kamu berada di posisi 3822 dari 10053 dalam senarai kedudukan


Kamu menaip 256 aksara seminit
you mendapat 37 perkataan betul dan
kamu mendapat 1 perkataan salah

_____________________________________________________________________________________

pastu arini aku ngan azie p jenjalan ke KWSP + alaman ahaks. dah puas kami berpoya2 kat KWSP tu kitorang p pekena mee bandung kat putrajaya percint 14 kat ida nasi ulam. gitulah gamaknye nama kedai tu. mee bandung RM 5 + manggo juice RM 2.5. mee bandung die mmg aku teringat2 lah sampai mimpi2 lagi.

pastu dah mkn kitorang jenjalan plak kat MPH alamanda. si azie nak cari buku nk buat assignment lah kunun. tak lain tak bukan pasal oral test die lah. emm mcm tu lah kawan ngan budak sekolah ehehehe. jgn mara haaa azie. lame gile die dlm MPH tu. sampaikan aku pun terbeli buku same : Zikir & Amalan Pelbagai Hajat. alhamdulillah pasni boleh bace buku2 ilmiah kan daripada aku membace gossip2 kat cari.com tu.

dah habis beli buku, kaki kitorang meneruskan perjalanan ke kedai Sembonia. iyelah dah alang2 nk bayar tiket parking kitorang p cuci2 mate tgk handbag. aku dah aim 1 handbag tu.eemmm gamaknye credit card yg aku apply tu habis ke handbag lah..naya je. nnt kalau aku dah beli hand bag tu aku post kat sini buat cuci mate korang ahaks.

si bujangsss




nilah gambo si bujangss aku. Muhammad Afiq Akmal bin Ridzuan & Muhammad Nazhan bin Ridzuan. terasa windduuuuuuuu plak kat dorang. ummi sayang afiq n nahan.

Sunday, February 22, 2009

Palazzzzzzzo lagiiiii





23.2.2009 : 3.12 p.m, Cyberjaya

ari ni lunch mkn ngan rezad + azie + aku. mane lagi kalau tak palazzo kat MMU tu. nampaknya mkn sane ari2 lah sbb byk menu lom cube lagik ehehehehe. Arini aku mkn special menu 'pasta : chicken spicy', azie : nasi campur 'ikan cencaru sambal + tumis sayur' + rezad : 'chicken chop'. arini kat kantin MMU HB2 tu bising cam gunung berapi nk pecah; penuh ngan students MMU pastu meja dorang kotor plak. tp demi nk mkn kat sane aku abaikan meja tu. tu aku persembahkan kat korang gambar menu yg kami mkn td. sodap hingga menjilat jari. tak cukup dengan chicken spicy, aku ngan azie tapau french fries lagik takat lapo ptg kang ahaks. azie kuat mkn ari ni sbb die ade oral test sabtu ni. ngigau tak tido mlm lah gamaknye sepekeng omputih ahaks.

oklah tu je takat ni. esok luse aku sambung lagik.

Thursday, February 19, 2009

pasal aku

assalamualaikum geng....

how r u ehehehe. ni aku baru je blajo buat blog ni ngan si azie kuah doyan. sib baik die nak ngajo. TQ azie, esok esok buat kuah doyan lagik ek.

eemm nk mule dr mane ek?? eemm haaaaaa aku dah tau dah. org panggil aku nora kekadang lisa tp yg paling kerap nora tranz (kalau jumpe nope ngan azie je). kalau mkn ngan geng bas sekolah tu asyikkk aku jelah kene. alaaa mcm dorang tu bagus ek ehehehe..jgn maraaaa aaa geng bas sekolah.

tp aku tetap hepi dpt kengkawan mcm geng bas sekolah ni. sempooooi

pewaris jari hantu....


pagi td pas breakfast p tempat duduk sendiri lepas ngular kat tempat anak buah ehehehe. duduk punye duduk ternampak ade note pad kuning (bkn pad sanita ek) atas meja. aku tgk dr jauh je, lelame aku pegang kertas tu. aku amati tulisan yg mcm kucing berak keras. BURUK. bak kate silazerazwanali.blog.com MCM HANJ.

dasar budak praktikal betul lah. tp sebelum tu korang tgk cikgunye sape....si BEDEBAH tu. mcm ni ayatnye : please attach together with attendance list & email regarding this meeting & give it back to me today!!! ...... .

brani betul!!!!!!!!! nnt kang aku lazeeeeer ko kang baru ko tau. trus ngadu ngan abg ko. dahlah ko tu pakai tudung labuh. mcm ni ke imej org bertudung labuh. perosak imej betul lah bdk ni.

GERAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAM. aku try attachkan tp tak berjaya note die tu!!!
ya Allah mohon beri petunjuk pada hambaMu ini