BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, April 29, 2009

KAWAN

Bacalah....

1) kawan tu bkn mcm main FUTSAL.
Mula-mula kejar.. dah dapat sepak..

2) kawan tu bkn mcm main SKATE.
Mula-mula gosok..lepas tu pijak...

3) kawan tu bkn mcm main RAGBI.
Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..

4) kawan tu bknnya mcm PAMPERS..
dah pakai, buang..

5) kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS.
Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.

6) kawan tu bkn mcm PELANGI.. Hari cerah
takde..hujan gerimis baru muncul..

7) kawan tu bkn mcm KERETA.
Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..

8) kawan tu bkn mcm CHIPSMORE..
kejap ade kejap takde..

9) kawan tu bkn mcm BANK.
Bila dah takde duit,pegi kat sana ambik..

10)lagi.....kawan tu mcm ape ye????
Haa..kawan tu mcm AWAK LA. .
bila saya hantar msg,
awak akan baca msg saya dgn teliti sampai habis.

Walau ape pun tanggapan org tentang kawan..
bagi saya, kawan tu penting.

Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis,
sedih, berduka dan sebagai nya.

Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara.

Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya.. :)

Sunday, April 26, 2009

perasaan yang tak tentu hala

27 April 2009

geram, nyampah, meluat, marah , sedeyyy & !#$^&*^%$#@#!$%^UI*^%RT

walaupun arini aku pose tp dalam hati tak dpt nk menggambarkan perasaan aku ni. tgk muke si buntut lebo tu meluat. dahlah talam due muke + tikam org dari belakang, depan baik blakang api dlm sekam eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee GERAM betul..

tgk plak muke si pewaris jari hantu yg paling mude (baru dapat saka ni lepas kakak die berenti) lagi meluat. mcm bagus. baru 3 thn kot keje sini dah upenye mcm die lah paling penting. kalau die takde rnd ni lingkup agaknye. eeeeiii tak paham akulah.

sabar lah hati. ya Allah kuatkan iman ku. berikan aku daya ketahanan jiwa + pikiran yang positive. AMIN

CEMBURU

Cemburu itu hadir apabila seseorang takut kehilangan pasangannya, ketika dia merasakan sedang bersaing untuk mendapatkan perhatian dan kasih sayang kekasihnya dan bila dia kurang yakin akan hubungan emosi dengan pasangannya.

Tetapi tahukah anda cemburu itu boleh menjadi tenaga positif khasnya dalam hubungan intim?
Kalau cemburu yang berpatutan, ia boleh menjadi seronok kerana itu tandanya sayang. Rasa cinta ini akan diungkapkan dalam bentuk hubungan intim. Bagi pasangan suami isteri, rasa cemburu ini boleh meningkatkan kegairahan mereka, menjanjikan kepuasan sanggama yang lebih baik daripada sebelum ini sebagai tanda sayang kepada pasangan.

Namun, jika keterlaluan, cemburu itu boleh membakar hati. Oleh itu, janganlah dibiarkan ke tahap cemburu buta kerana ia adalah cemburu yang melampau dan tidak lagi rasional. Cemburu buta boleh mematikan hubungan mesra dan intim kerana pasangan mungkin langsung enggan menyentuh si dia yang terlalu cemburu.




Tanda-tanda Cemburu

1. Dia menelefon beberapa kali sehari dan marah apabila kamu tiada.


2. Dia menelefon kamu semasa kamu sedang sibuk dan tetap mendesak mahu bercakap dengan kamu.

3. Dia menuduh sesuka hati bahawa kamu telah keluar dengan lelaki/wanita lain. ( tak baik weih tuduh2 )


4. Dia selalu mengintip dan cuba mencari peluang untuk mencari kesalahan kamu.

5. Dia mengugut membunuh diri jika kamu meninggalkannya.

6. Dia hanya mahu kamu sentiasa bersamanya dan marah walaupun kamu keluar dengan kawan-kawan lelaki/wanita yang lain.

7. Dia tidak suka pergi ke majlis sosial kerana bimbang lelaki/wanita lain tertarik kepada kamu.

8. Dia menyoal seperti seorang polis ke mana kita pergi dan dengan siapa.

9. Dia bermasam muka jika kamu kerja lebih masa.

10. Dia tidak peduli dengan penjelasan kamu.

Tip Mengawal Keadaan Pasangan Yang Cemburu

1. Jika pasangan kamu mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawa-bawa dengan sifatnya itu. Mungkin kamu tidak perlu menjawab setiap soalannya. Lebih baik berdiam diri saja daripada terus menyemarakkan kemarahannya.

2. Terima hakikat bahawa dia tidak berniat untuk melukai hati kamu. Mungkin ini sifat semulajadinya dan jangan ambil hati.

3. Cuba sedaya upaya kamu untuk membina keyakinan diri. Puji dia jika perlu. Minta nasihatnya dan salurkan rasa cinta kamu.

4. Jangan berfoya-foya dengan wanita/lelaki lain. Ini hanya membuatkan situasi lebih sukar. Apa yang dia perlukan adalah sokongan yang berterusan.

5. Berbincang dengan pasangan tentang perasaan cemburunya.

Atasi Sifat Cemburu

1. Hormati perasaan pasangan kamu. Dia juga mempunyai hak untuk menilai kecantikan wanita/lelaki lain.

2. Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. Jika kita memang seorang yang cemburu, usah berharap kamu boleh berubah dalam masa yang singkat.

3. Tuliskan apa perasaan kamu apabila kamu merasa cemburu. Marah? Tidak tentu arah? Menangis? Geram? Rasa malu? Adakah kamu ingin meneruskan hidup kamu dengan cara ini? Jika jawapannya tidak, maka berubahlah segera.

4. Cuba fikirkan bagaimana cemburu kamu meledak. Adakah adil kamu menyisihkan si dia daripada orang lain? Bukannya sesuatu yang teruk andainya dia senyum dengan orang lain.

5. Bina keyakinan diri. Kita mungkin rasa tidak selamat jika bergantung kepada si dia. Luaskan persahabatan dengan orang lain.

Kesan Positif Cemburu

1. Mengelakkan si dia curang kepada kamu.
2. Sentiasa menghormati kamu dan tidak pandang pada orang lain apabila bersama kamu.
3. Sentiasa menjaga hati kamu
4. Segala pergerakannya di bawah kawalan kamu

Kesan Negatif Cemburu

1. Si dia akan cepat bosan bersama kamu
2. Percintaan kamu hambar kerana kamu langsung tidak ada kawan lain
3. Selalu berlaku pertengkaran kerana sifat curiga yang terlampau
4. Pergerakan sentiasa diawasi seperti orang bersalah

Tuesday, April 14, 2009

idaman hati

Sabtu 11.4.2009

hari ni teman kan pakwe g maju junction. ari jumaat ari tu aku jenjalan ngan member2 opis tgk handbag kat alamanda. ade lah handbag yg aku berkenan tp memandangkan bonus next week dpt so aku tangguhkan. lagipun pening pale tgk handbag. dah aku pun jd mcm shopaholic. bkn air horlicks ye kengkawan ehehehe. air horlicks aku tak minum. ya allah asal aku tgk handbag je aku gile...asal tgk kasut je aku gile..asal tgk baju + suar ++++++ sume aku gile. tp bkn gile meghoyan ye. gile aku ok lagi lah.

jd aku pendekkan cite, lepas g maju junction aku kenen2 lah pakwe aku ke sogo sbb member aku kate sogo sale sampai Ahad 12.4.2009. jadi aku amek lah peluang ke sogos tu. tempat ramai org mendermakan duit kat org jopun yg kayo2 tu. hasilnye aku terbekenankan handbag ni. habis duit aku....dah lopeh boli tu aku rase cam nyesal plak. tp takpe asalkan pale aku tak pening + ingatan ku tak terngiang2 kat handbag ni.

ni hasil derma aku kat rumah kebajikan sogo, KL. kalau korang tak suke takpe...asalkan aku suke

sodappp

Ahad 12.4.2009

Lama dah aku teringin nk makan mee udang kat taiping nuu. tp tak jugak sampai2. cian kan. last skali aku buat sendiri. dok belek2 drawer terjumpe lah recepi mee udang.
haaa ini lah masenye aku buat sendiri. sip baik lah senang je recepinye. ni lah hasil nye



ni mase udang kene korban dlm periuk..ehehehehe. mau sekilo lebih udang aku korban.